Muslim Lagenda Homestay Kulai

Adakah anda sedang mencari homestay di Kulai, Johor yang murah, lengkap, bersih, selesa dan strategik ke tempat menarik di sekitar Kulai dan Johor Bahru. Muslim Lagenda Homestay adalah sebuah rumah percutian sesebuah yang terletak di Kulai, Johor dalam jarak 27 kilometers dari Johor Bahru. Kemudahan parkir peribadi disediakan secara percuma di lokasi. Rumah ini mempunyai 3 bilik tidur yang berasingan serta ruang tamu yang selesa yang dilengkapi dengan TV skrin rata. Ia juga mempunyai ruang makan dan dapur yang serba lengkap. Bilik mandi dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian hujan serta mesin basuh. Rumah ini mempunyai teres dan taman untuk keselesaan anda.

Homestay ini juga sesuai untuk penginapan percutian seperti sambutan hari keluarga, jalan-jalan melancong, jalan-jalan cari makan, menghadiri kenduri perkahwinan dan lain-lain. Lokasi yang strategik juga menjadikan homestay pilihan popular kerana terletak di berhampiran dengan Exit Highway Kulai.


Pihak Lagenda Home2stay amat menitikberatkan kebersihan di mana semua cadar dan tuala mandi akan dibasuh dan digantikan yang baru setelah setiap kali tetamu homestay check-out. 

- Gambar daripada depan
- End Lot
- Kawasan parking yang selesa


HOMESTAY YANG BERSIH DAN SELESA

 
GAMBAR BILIK UTAMA 
Bilik Utama dilengkapi dengan Katil Queen, Aircond, Kipas siling dan Almari Baju
BILIK 2
Bilik ke 2 pula dilengkai dengan Tilam Single, Kipas Siling dan juga rak menyimpan barang
BILIK  3
Bilik ke 3 dilengkapi dengan 2 katil single, Kipas siling dan rak menyimpan barang
BILIK AIR 
Muslim Lagenda Homestay juga mempunyai 2 bilik air dimana satu terletak di tingkat bawah dan satu lagi ditingkat atas. Bagi bilik air ditingkat atas dilengkapi dengan Pemanas Air untuk keselesaan tetamu.
 
DAPUR
Pihak Lagenda Home2stay juga menyediakan kemudahan memasak seperti dapur, gas, kuali, periuk, cawan, pinggan mangkuk, cerek dan periuk nasi elektrik, peti sejuk dan lain-lain



KEMUDAHAN LAIN
-TV 42 Inch (MYTV + Singapore)
-Iron 
- Iron Board
- Mesin Basuh
- Sabun Mandian
- Sabun Basuh
- Shampoo
- Hanger
- Tempat Menyidai Baju
KAWASAN YANG BERHAMPIRAN DENGAN MUSLIM LAGENDA HOMEST
  Senai Airport (20 Minit)
  Tesco Kulai (5 Minit)
   Johor Premium Outlet (20 Minit)
  Aeon Mall ( 15 Minit)
  Pasaraya Mydin ( 10 Minit)
  Hutan Lipur Gunung Pulai (20 Minit)
  Legoland ( 40 Minit)
  Bandar Johor Bahru (40 minit)
  Kawasan Perindustrian Sedenak (20 Minit)
  Kawasan Perindutrian Senai (25 Minit)
  Exit Highway Kulai ( 5 Minit)
PERATURAN DI MUSLIM LAGENDA HOMESTAY

Para tetamu/penginap diminta mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan berikut :

1.              Waktu Check-in 2:30 petang hingga 6.00 petang dan Waktu Check-out 12:00 tengahari. Sila patuhi masa check in/check out yang betul. Sila SMS/WhatsApp saya setengah jam sebelum check in/check out. Sekiranya tiada pelanggan baru yang ingin check-in pada hari itu, masa check-out boleh dilanjutkan dengan kadar RM5/jam atau dengan persetujuan budi bicara. (Dengan syarat tiada 
2.           Sebagai tanda "pegang janji", kami memerlukan deposit RM50/nite untuk "block date" khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan. (Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pengunjung membatalkan tempahan). 
3.         "Bayaran Penuh" mesti dibuat semasa check-in. (Semasa kunci diberi.)
4.         Tetamu hendaklah mengisi BORANG PENGINAPAN HOMESTAY  terlebih dahulu sebelum check in.
5.         Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap ialah 10 ORANG kerana kami menyediakan 3 buah bilik tidur sahaja. 
6.         Jika ingin membawa tetamu melebihi jumlah tersebut, pihak kami hanya membenarkan MAKSIMUM 12 ORANG SAHAJA. 
7.         Ini bertujuan untuk menjamin keselesaan para penghuni homestay ini. Pihak kami tidak menerima rombongan tetamu yang terlalu ramai contohnya rombongan sebuah bas atau rombongan 5 biji kereta kerana kami tidak mahu timbul sebarang masalah contohnya masalah keselesaan dan masalah parking.
8.         Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis keramaian / jamuan atau family day.
9.         Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina. Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.
10.       Harap maaf. Binatang peliharaan tidak dibenarkan menginap bersama.
11.       Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.
12.          Sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang Negara adalah dilarang sama sekali di Muslim Lagenda Home2Stay seperti pesta seks, penyalahgunaan dadah  dan lain-lain . Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain juga tidak dibenarkan sama sekali. Pihak Pemilik berhak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat keraguan.
13.          Menjaga kebersihan dalam dan luar rumah. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan.
14.          Sila cuci/basuh semua pinggan mangkuk dan peralatan memasak yang telah digunakan dan susun semula di tempat asalnya.
15.          Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap di taman perumahan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.
16.          Meletakkan kenderaan dengan berhemah dan tidak mengganggu petak parkir penghuni lain.
17.          Menggunakan kemudahan yang disediakan di homestay dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup suis lampu, suis kipas dan paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan. Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.
18.          Memastikan semua peralatan dan perabot yang ada di dalam homestay ini digunakan dengan sebaiknya dan tidak dibawa keluar. Diharap juga tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.
19.          Sampah dibuang ke dalam tong/bakul sampah yang disediakan. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan lampin bayi) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya daripada tersumbat.
20.          Jangan tinggalkan sebarang barang berharga di dalam homestay. Pastikan pintu dan gril homestay dikunci apabila meninggalkan homestay dalam tempoh penginapan. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang berharga anda semasa menginap di homestay.
21.          Sebelum check out, pastikan barang-barang milik peribadi anda tidak tertinggal. Barang yang tertinggal akan dilupuskan.

22.          Mohon kerjasama untuk memberitahu kepada pihak kami sekiranya ada terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau pun sebarang "kejadian" kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami.
KADAR SEWAAN
RM 170.00 / day (Booking RM 50.00) (Isnin – Khamis)
   RM 180.00 /day (Booking RM 50.00 (Jumaat – Ahad & hari  Kelepasan Am)
(Lebih dari 3 malam RM 150/day)


CARA UNTUK MENEMPAH
NO TEL : 0127333050 @ 0196358495
EMAIL : lagendahome2stay@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/Lagenda-Home2stay-172427426746674/
Link Wasap : www.wasap.my/60127333050
                       www.wasap.my/60196358495













































Comments